Bukit Selambau tmpt yang dikatakan bakal di bangunkan untuk tapak projek ladang tersebut,pendapat ada ptut kah kedah mengikuti kerajaan negeri selangor membina ladang tersebut wlaupun mendapat bantahan rakyat?
Sunday, November 23, 2008
Wednesday, November 19, 2008
Apa komen anda tentang pelan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan?Dapatkan ia menangani masalah pengangguran di malaysia ini?
Posted by sharifah_cheepah at 9:17 PM 1 comments
pelan tindakan tangani pengangguran dilancar
Pelan Tindakan Negara bagi Pengangguran yang dilancarkan hari ini akan membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada usaha menangani pengangguran, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri berkata, pelan itu merupakan satu langkah persediaan bagi menghadapi kemungkinan peningkatan dalam kadar pengangguran, kesan daripada krisis ekonomi global, pergantungan terlalu besar kepada pekerja asing, perubahan dalam pasaran tenaga kerja dan meningkatkan daya saing negara dalam pasaran tenaga kerja.
“Dalam perkataan lain, pelan tindakan ini adalah agenda negara yang menyediakan hala tuju dan menetapkan keutamaan bagi bidang pekerjaan di Malaysia,” katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam pada perasmian persidangan mengenai amalan kerja baik di sini hari ini.
Abdullah berharap pelan tindakan itu akan dilaksanakan dengan segera dan berkesan.
Beliau meminta semua pihak yang berkaitan memberi maklumat balas serta bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia bagi menjamin kejayaan pelan itu. - Bernama
Posted by sharifah_cheepah at 8:52 PM 0 comments